Assalamualikum...di keindahan malam jumaat ini sye ada satu tajuk untuk di kongsikan terutamanya kpd kaum wanita yang mugkin tidak tahu atau terlupa mengenai hal ini.apa yang sye ingin kogsikan ialah mengenai"WANITA KELUAR RUMAH DENGAN MEMAKAI WANGIAN SEHINGGA MENGGODA LELAKI".
Inilah kebiasaan yang menjadi fenomena umum di kalangan wanita.keluar rumah dengan memakai minyak wangi yang wanginya menjelajahi segala ruang.hal yang menjadikan lelaki lebih tergoda kerana umpan wewangian yang menghampirinya.
Rasulullah s.a.w amat keras memperingatkan masalah tersebut.Baginda bersabda:
"Perempuan manapun yang menggunakan wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium wanginya maka dia seorang penzina."
(HR. Ahmad,4/418;sahihul jam':105)
sebahagian wanita melalaikan dan meremehkan masalah ini,sehingga dengan sembarangan memakai wangian.Dia tidak peduli disampingnya ada pemandu kereta,penjual,atau orang lain yang tidak mustahil akan tergoda.
Dalam masalah ini,syariat Islam amat keras.perempuan yang terlanjur memakai wangian jika hendak keluar rumah diwajibkan mendi terlebih dahulu seperti mandi janabat,meskipun tujuan keluarnya ke masjid.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Perempuan manapun yang memakai wangian kemudian keluar ke masjid (dengan tujuan) agar wanginya tercium orang lain maka solatnya tidak diterima sehingga dia mandi sebagaimana mandi janabat."
(HR. Ahmad 2/444,sahihul jam':2073.)
Setelah berbagai peringatan kita sampaikan,akhirnay kita hanya boleh mengadu kepada ALLAH soal para wanita yang memakai wangian dalam pesta dan berbagai pertemuan yang diselengarakan.Bahkan minyak wangi yang menyegat hidung itu tidak saja digunakan dalam waktu-waktu khusus,tapi mereka gunakan di pasar-pasar di kenderaan dan di pertemuan-pertemuan umum hingga di masjid-masjid pada mlam-malam bulan suci ramadan.
Syariat Islam memberi batasan,wangian muslimah adalah yang tampak warnanya dan tidak keras semerbak wanginya.
Kita memohon kepada ALLAH,semoga ia tidak murka kepada kita,semoga tidak menghukum orang-orang soleh baik lelaki mahupun perempuan dengan sebab dosa orang-orang yang bodoh dan semoga menunjuki kita semua ke jalan yang lurus..
Semoga ini dapat dijadikan panduan untuk kita..INSYAALLAH..
Thursday, 15 September 2011
Monday, 12 September 2011
MEMANDANG WANITA DENGAN SENGAJA
Assalamualikum....terlebih dahulu sye ingin mngucapkan terima kasih kpd semua yg sudi follow blog sye ini...setelah sekian lama sye mghilang.. hari ini sye muncul kembali utuk berkongsi satu tajuk yg mugkin sestengah org sudh tahu dan setengah org mgkin tidk tahu tentangnya...jadi tajuk sye ingin kongsikan kpd anda semua ialah "MEMANDANG WANITA DENGAN SENGAJA".Mata adalah satu pancaindera yg di anugerah pada manusia untuk melihat,..namun adakah anugerah yg di berikan pada kita ini dijaga sebaiknya-baiknya..semua org menanggap pandang itu hanyalah sekadar melihat semata-mata namun apakah mereka terfikir setiap pndangan yg tdk dijaga akn menjatuhkan kita ke lembah maksiat.
ALLAH S.W.T berfirman:
Katakanlah kpd org2 lelaki yg beriman"hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya ,yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUAI apa yang mereka lakuakan".
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Adapun zina mata adalah melihat(kpd apa yg diharamkan Allah)(Hadis marfu' riwayat Imam Ahmad,2/69,sahihul jami':3047)
Tetapi dikecualiakan hukum di atas apabila melihat wanita untuk keperluan yang di bolehkan syariat misalnya seorang lelaki memandang kpd wanita yang akan dilamarnya,demikian pula dgn doktor kpd pesakitnya.
Hal yg sama,juga berlaku kpd wanita.wanita diharamkan memandang kpd lelaki bkn mahram dgn pandangan yg menyebabkan fitnah..
ALLAH S.W.T berfirman:
"Dan katakanlah kpd wanita yg beriman:"hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya."
Juga haram hukumnya memendang lelaki yg belum baligh dan lelaki tampan dgn pandangan syahwat.Haram bgi lelaki melihat aurat lelaki lain.Hal yg sama juga berlaku antara sesama wanita.setiap aurat yg tidak boleh dilihat,tdk boleh pula untuk dipegang meskipun dilapisi kain.
Termasuk perdayaan syaitan adalah melihat gambar-gambar lucah,baik di majalah,filem,televisyen,video,internet dan sebagainya.sebahagian dari mereka berdalih,semua itu adalah gambar,bkn hakikat yg sebenarnya...
Namun bukankah sangat jelas bahawa semua itu berpotensi merosakkan(akhlak)dan membangkitkan nafsu berahi?
Diharap perkongsian kali dpt di jadikan renungan untuk kita dlm mencari CINTA ALLAH S.W.T..
INSYAALLAH...

Thursday, 17 March 2011
FHADILAT AL-FATIHAH
Assalamualikum....
pada pertemuan kali ini sye nak kongsikan mengenai fadhilat al -fatihah yang mana al-fatihah ini adalah satu fadhilat dan ganjarannya besar apabila di baca......Rasulullah s.a..w bersabda: ertinya siapa2 membaca fatihah nescaya mendapat pahala bagi nya seumpama pahala membaca tujuh kali at taurat,al injil,azabul,al-quran, sof idris dan ibrahim....dan tiap2 satu huruf yg dibaca itu di kurniakan satu darjat di dlm syurga yg luas nya seumpama perantaraan bumi dgn langit
sabda rasulullah s.a.w: ertinya demi ALLAH adalah al-quran yang maha besar yang di kurniakan ALLAH S.W.T kpd ku(NABI MUHAMAD S.A.W) yg tiada di dalam at-taurat ,al-injil,azabul,dan quran yg serupa dgn nya....
sabda rasulullah s.a.w: ertinya barang2 yg di keluarakan drp harta perbendaharaan arasyah ialah 4 perkara
iaitu :
1.al -fatihah
2.ayat al-khurysi
3.dua ayt yg penghabisan surah al-baqarah
4.surah al-kauthar
pahala org yg membaca fatihah setimbang dgn org yg membaca dua pertiga al-quran
sabda rasululluah s.a.w:ertinya yang terlebih afdhal di dlm al-quran ialah alhamdullialh hirobbilalamin..
sabda rasulullah s.a.w:ertinya apabila selesai imam dri membaca al-fatihah hendak lah kamu mengatakan aminnn....nescaya di perkenang kan permintaan kamu...
sabda rasulullah s.a.w:ertinya siapa2 hadir mendegar org membaca al-fatihah mulai awal hingga akhirnya nescaya mendapat pahala bgi nya seumpama org yg berperang fisabillilah
sbda rasulullah s.a.w lgi:ertinya siapa2 yg membaca al-fatihah maka mendpt pahala bginya seumpama org yg membaca injil,azabur,at-taurat dan al-quran dan tiap2 satu ayt yg dibaca bgi nya pahala seumpama mensedekahkan berapa bnyk emas kerana sabillilah dan terpelihara tubuh nya dri ke dlm api neraka dan kemudian dri nabi ialah org yg terlebih kaya drp org yg masuk ke dlm syurga.....
diharap perkongsian ini dpt memberikan manfaat untuk kita semua INSYAALLAH...
wassalam..

sabda rasulullah s.a.w: ertinya demi ALLAH adalah al-quran yang maha besar yang di kurniakan ALLAH S.W.T kpd ku(NABI MUHAMAD S.A.W) yg tiada di dalam at-taurat ,al-injil,azabul,dan quran yg serupa dgn nya....
sabda rasulullah s.a.w: ertinya barang2 yg di keluarakan drp harta perbendaharaan arasyah ialah 4 perkara
iaitu :
1.al -fatihah
2.ayat al-khurysi
3.dua ayt yg penghabisan surah al-baqarah
4.surah al-kauthar
pahala org yg membaca fatihah setimbang dgn org yg membaca dua pertiga al-quran
sabda rasululluah s.a.w:ertinya yang terlebih afdhal di dlm al-quran ialah alhamdullialh hirobbilalamin..
sabda rasulullah s.a.w:ertinya apabila selesai imam dri membaca al-fatihah hendak lah kamu mengatakan aminnn....nescaya di perkenang kan permintaan kamu...
sabda rasulullah s.a.w:ertinya siapa2 hadir mendegar org membaca al-fatihah mulai awal hingga akhirnya nescaya mendapat pahala bgi nya seumpama org yg berperang fisabillilah

diharap perkongsian ini dpt memberikan manfaat untuk kita semua INSYAALLAH...
wassalam..
HAKIKAT DAN KEISTIMEWAAN SOLAT BERJEMAAH
Assalamualaikum..
pada mlam jumaat ini...sye nak kongsikan dgn korng tentang satu renungan mengenai solat berjemaah jadi sye hrap korang dpt menghayati nya.....,Solat adalah anugerah yang amat istimewa. Tidak ada satu perintah pun yang di terima Nabi dengan secara terus menerus dari Allah SWT selain dari solat. Pasti ada rahsianya mengapa ibadah solat diberi dengan cara yang paling unik dan di tempat yang lebih tinggi dari Syurga al-Firdaus. Ilmu Allah umpama lautan yang tiada tepiannya. Memahami setitik dari rahsia ini sudah besar ertinya kepada kita. Penemuan hikmah di sebalik solat boleh diumpamakan sebagai penemuan kunci untuk membuka pintu kejayaan.
Nabi s.a.w. menyatakan bahawa solat berjemaah melebihi 25 kali nilainya dari solat bersendirian. Jika kita mengandaikan nilai solat berjemaah itu umpama memperoleh 25 mata, maka jumlah yang diperoleh seseorang dalam masa seminggu adalah 875 mata. Sementara jumlahnya dalam sebulan ialah 3500 mata. Bandingan solat sendirian hanyalah 35 mata untuk seminggu atau 150 mata sahaja untuk sebulan. Dari sudut peratus, kelebihannya adalah 2333%. Mata ini hanya perumpamaan untuk memudahkan kita memahami kedudukan solat jemaah. Sekiranya kita memindahkan kepada nilai mata wang, apakah yang boleh dibelanjakan oleh seseorang yang memperoleh RM 150 sebulan, jika dibandingkan dengan seorang yang memperoleh RM 3500 sebulan? Ini hanya gambaran solat fardu yang dilakukan secara berjemaah. Bayangkan jika ditokok tambah pula dengan amalan sunat yang lain. Jika setiap kali solat kita diberikan RM 25 seorang, mungkin ramai yang akan berbaris untuk menunaikan solat jemaah. Hakikatnya, nilai pahala adalah jauh lebih tinggi dari apa yang kita sangka, apatah lagi dengan nilai wang ringgit. Pahala adalah hak Allah SWT, kita tidak dapat menentukan pahala atau mengukurnya. Mencari pahala itu sudah baik, tetapi yang lebih baik ialah mencari reda Allah SWT yang tidak ada batasannya. Pahala sekali solat sunat fajar sahaja digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sama dengan dunia dan isi kandungannya. Dapatkah kita bayangkan pahala solat fardu secara berjemaah? Justeru, kelebihan ini tidak boleh dipandang ringan. Lantaran usia kebanyakan manusia amat singkat, kita dianjurkan mencari al-Baqiyat as-Solihat, iaitu amal yang berpanjangan dan impaknya besar kepada diri dan masyarakat. Amalan dalam kategori ini adalah solat jemaah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan al-Baqiyat as-Solihat (amal yang kekal lagi baik) adalah lebih pahalanya di sisi Tuhan mu dan lebih baik untuk diharapkan.” Al-Kahfi 18:46.
Rasulullah s.a.w. amat menitik beratkan solat jemaah. Perkara pertama yang Baginda dirikan semasa hijrah ke Madinah adalah mendirikan masjid, tempat manusia berkumpul, bermasyarakat dan mendirikan solat berjemaah. Persoalannya, mengapakah solat berjemaah itu diberi perhatian berat oleh Rasulullah s.a.w.? Solat jemaah berkaitan dengan sistem mengatur hidup bermasyarakat. Tidak ramai di kalangan kita yang menyedari kepentingan solat jemaah dari aspek pembangunan umat. Kelebihan solat jemaah sudah cukup untuk menjadi tanda (clue) tentang kepentingan solat berjemaah. Bertitik tolak dari sini maka kita mengenali bahawa sebenarnya solat jemaah adalah kunci membina kekuatan dan tamadun umat.
Pepatah Melayu yang mengatakan ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’ adalah kenyataan yang paling tepat bagi menggambarkan prinsip solat jemaah ini. Kita bersatu hati dan perbuatan ketika menunaikan solat jemaah. Apabila bersatu maka timbullah kekuatan. Maka dengan itu solat jemaah kunci kepada kekuatan umat. Kita boleh bersatu dalam solat harian, solat Jumaat, solat Tarawih, solat Idil Fitri dan Adha, tetapi, mengapa kita tidak boleh membawa prinsip kesatuan hati dan iman ini di luar solat? Alangkah indahnya jika umat Islam memahami, bahawa solat jemaah yang sering dilakukan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan kasih sayang dan mengikat hubungan kesatuan yang amat diutamakan dalam Islam. Allah SWT mengingatkan kita tentang prinsip ini dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.”
Masjid adalah institusi yang menyatupadukan umat. Masjid adalah Rumah Allah. Tujuan utama masjid ialah membawa manusia berkumpul di bawah bumbung Rumah Allah. Masjid adalah tempat manusia mencari ketenangan, perhubungan harmoni sesama insan dan tidak kurang sebagai pusat terapi ruhaniah. Sesungguhnya masjid adalah pusat yang neutral, yang tidak melambangkan pihak. Justeru, ia perlu dibangunkan sebagai tempat yang mesra kepada semua orang. Fungsi masjid adalah mendirikan jemaah. Mendirikan jemaah membawa kepada kesatuan hati. Kesatuan hati pula adalah rahsia kepada kekuatan umat. Justeru, kita bertanggungjawab untuk menjadikan masjid sebagai inti kekuatan perpaduan masyarakat.
Pembinaan tamadun
Prinsip pembinaan tamadun Islam bermula dari konsep ‘dari masjid ke masjid’, sebagaimana yang boleh kita fahami dari perjalanan Isra’ Nabi dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin. Berjemaah adalah langkah pertama dalam pembinaan sesuatu masyarakat dan seterusnya pembinaan tamadun. Manusia harus berkumpul dan bekerjasama, sama ada di peringkat masyarakat setempat atau antarabangsa. Bekerjasama membuka peluang perniagaan, peluang pengenalan dan pertukaran kebudayaan, peluang bantuan kemanusiaan, kerjasama membasmi penyakit dan perkara-perkara lain yang bermanfaat. Inilah konsep yang dibawa oleh berjemaah. Sebaik sahaja manusia keluar dari peraturan ini, maka ia akan mengundang kebinasaan, perbalahan dan tidak mustahil hingga ke tahap peperangan. Malapetaka ke atas kemanusiaan pada hari ini adalah hasil daripada ketamakan, kesombongan dan tidak mahu menghormati hak-hak orang lain. Ringkas kata, lari dari prinsip berjemaah.
Berjemaah menyedarkan kita satu realiti, iaitu kita ini sama sahaja pada pandangan Allah SWT. Kita menanggalkan pakaian kebesaran dan sujud dengan penuh kerendahan di hadapan-Nya. Majikan dan pekerja ketika itu menjadi sama. Lelaki dan perempuan adalah sama, tetapi di tempat terhormat masing-masing. Solat yang memiliki ciri utama khusyuk iaitu ‘mengetahui harga diri kita di mata Allah’, ‘kuasa, kekuatan, kepandaian dan kebolehan kita adalah dari-Nya’, serta ‘sedar akan apa yang kita minta dari-Nya’ (Lihat huraian surah al-Mukminun:1 oleh Abdullah Yusuf Ali) akan menyedarkan kita tentang prinsip hak dan kedudukan kita di bumi ini. Kita mula menyedari, bahawa setiap orang mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap diri, orang lain dan yang paling utama terhadap Allah SWT yang kita cintai. Khusyuk solat membawa insaf. Keinsafan inilah yang harus dibawa dengan baik di luar solat apabila kita berinteraksi sesama manusia.
Berjemaah maksud bersatu dalam tujuan dan melakukan sesuatu. Tidak ada se kumpulan manusia yang boleh mencapai kemajuan jika mereka tidak bersatu dan bergerak mengikut satu haluan. Pasukan bola sepak yang terhandal di dunia pun tidak mampu menjaringkan gol jika tidak bersatu dan sehaluan. Umat Islam memiliki banyak sebab yang membawanya kesatuan. Sikap yang diperlu digilap hanya sikap memahami kekurangan orang lain, bertolak ansur dan tidak menganggap diri serba-serbi sempurna. Allah SWT menjadikan setiap kita berbeza dan mempunyai kekuatan serta kelemahan tersendiri. Yang sempurna hanya Dia. Kelemahan harus ditampung dengan kekuatan orang lain. Jika tidak, mungkin sampai kiamat pun kita tidak akan dapat bersatu dan mencapai kejayaan dalam membina tamadun. Titik pertemuan ialah seperti kata Rashid Ridha, “Bahu membahu dalam perkara yang kita sepakati, dan bertolak ansur dalam perkara yang diperselisihkan.” Jika perkara kesatuan hati ini ditangani dengan sabar dan kewarasan yang tinggi serta bermatlamat ingin mencapai reda Allah SWT, maka Insya-Allah “Sehari selembar benang, lama-lama bertaut menjadi kain.” Jadi, mulakan dengan solat jemaah.
Berjemaah adalah kekuatan yang disediakan Islam kepada umatnya yang tidak ada pada yang lain. Tetapi dengan satu syarat, iaitu prinsip yang membina kekuatan ini haruslah dijelmakan sebagai realiti dalam kehidupan seharian. Kejayaan mengatur hidup dunia memainkan peranan besar terhadap kejayaan kita di akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Dunia adalah ladang untuk akhirat.”
Namun, mungkin sesekali timbul pertanyaan, mengapa umat Islam hari ini diperkotak-katikkan oleh sesetengah negara besar di dunia. Jawapannya mungkin terletak kepada kualiti, iman, sistem nilai dan jati diri umat Islam itu sendiri. Kadang-kadang kita lebih terpesona dengan nilai asing dan meminggirkan sumber kekuatan yang telah sedia ada dalam genggaman sendiri. Justeru, kiasan ‘bagaikan buih di lautan’ seperti yang digambarkan Nabi Muhammad s.a.w. bukan lagi suatu perkara yang menghairankan. Formula kemajuan menurut Imam Malik bin Anas r.a. ialah, “Kemajuan generasi ini akan hanya dicapai jika mengikut formula asas yang menjadikan umat Islam sebelum mereka menjadi maju.” Formula mencapai kemajuan umat Islam tidak lain, selain kembali menghayati ajaran al-Quran, Hadis dan mempraktikkan nilai-nilai murni dalam agama. Justeru, antara nilai yang patut diberi perhatian ialah pembangunan institusi solat jemaah.
Prinsip kekuatan itu terletak dalam kemuafakatan. Justeru, rahsia kejayaan Iblis dalam memecahbelahkan persaudaraan anak Adam ialah dengan mencari sebab-sebab yang memecahkan kemuafakatan. Justeru, kita perlu berwaspada dengan unsur-unsur yang boleh meretakkan perpaduan umat, terutama dalam keadaan dunia masa ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Taatilah Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantahan menyebabkan kamu gentar dan hilang kekuatan mu dan bersabarlah.” Al-Anfal 8:46.
Pembinaan tamadun itu bermula dari unit terkecil iaitu rumah. Jika tidak dapat solat berjemaah di masjid atau surau, laksanakan solat jemaah bersama-sama ahli keluarga. ‘Aura’ kebahagiaannya pasti akan terasa, jika solat jemaah didirikan di dalam rumah. Ia menjadi salah satu faktor yang membina kerukunan hidup berumah tangga. Kerukunan ini seterusnya akan membantu membina kerukunan hidup bermasyarakat. Ia umpama bata yang melengkapi satu binaan. Bata yang tidak seimbang ikatannya akan mengakibatkan keruntuhan sesebuah bangunan. Persoalan yang sama boleh diterapkan dalam komuniti yang lebih besar, seperti di desa, taman perumahan atau di kawasan bandar. Oleh itu, konsep berjemaah ini adalah amat penting. Jika prinsipnya dikembangkan kepada aktiviti lain maka kita akan mendapat kejayaan yang sempurna. Tidak ada jalan pintas selain dari merealisasi prinsip-prinsip berjemaah jika ingin mencapai kejayaan sebagai sebuah masyarakat bertamadun yang tinggi.
Kebaikannya
Solat berjemaah mengajar prinsip mengiktiraf hak orang lain. Seorang imam tidak boleh memimpin solat sesuka hati tanpa persetujuan makmum dan mengambil kira keupayaan makmum. Muaz bin Jabal pernah ditegur Nabi semasa menjadi imam kerana memanjangkan solatnya. Justeru, imam harus mengambil kira agar solat, doa atau khutbahnya (jika solat Jumaat) tidak terlalu panjang demi menjaga kemaslahatan umum. Semakin tinggi kehalusan budi dan seni ‘berbahasa’ maka semakin tinggi jugalah sesebuah tamadun itu. Seperti kata seorang Budayawan, “ Umat yang ada akar dan jati diri itu adalah umat yang ada identiti budayanya yang tinggi.” Maka solat jemaah mendidik umat untuk berbudaya tinggi. Budaya tinggi adalah ciri yang perlu ada bagi sebuah tamadun yang terbilang.
Solat berjemaah di masjid membuka ruang berkenal-kenalan dan ‘berukhuwwah’. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim yang lain. Dia tidak akan menzaliminya dan tidak membiarkan saudaranya itu.” Tidak memadai jika kita bersalaman sesudah solat tetapi bermasam muka. Seorang Islam harus bersalaman dengan senyuman dan bertegur sapa. Jika tidak maka tidak akan tertegak juga jiwa solat jemaah. Solatnya mungkin berpahala, namun kita tidak mencapai sunnah yang sempurna dalam menegakkan rukun bermasyarakat sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Justeru, binalah solat jemaah dengan mengambil kira manfaat sunnah-sunnahnya.
Solat jemaah membina keseimbangan sosial. Seseorang yang dalam situasi kesusahan seperti kematian, sakit, bersalin, berpindah dan sebagainya akan cepat diketahui melalui institusi solat jemaah. Saudara yang bermusibah akan segera pula menerima bantuan. Masalah sesama saudara, jika ada, akan diselesaikan dengan cara muafakat dan bertemu muka secara ‘gentleman’. Ini ciri orang bertamadun. Tamadun tinggi tidak mungkin dicapai tanpa muafakat dan menghormati hak orang lain, bak kata pepatah, “Muafakat membawa berkat.” Kesabaran, prihatin terhadap kesusahan orang lain, tolong-menolong dan muafakat adalah sebahagian dari keindahan dan ‘keberkatan’ solat jemaah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bantu membantulah dalam menegakkan kebajikan dan taqwa, dan jangan kamu bantu-membantu dalam menegakkan dosa dan permusuhan.” al-Mai’dah 5:2. Justeru, perintah Allah SWT agar bantu-membantu dalam perkara kebaikan akan menjadi realiti melalui solat jemaah.
Solat jemaah mengajar kita konsep kepimpinan. Satu unit komuniti terkecil terdiri dari dua orang. Justeru, komuniti sekecil ini pun harus diatur. Nabi mengajar kita untuk melantik seorang sebagai ketua jika ada sekumpulan kecil yang bermusafir. Pemimpin bertanggungjawab untuk memimpin dengan adil, bijak dan bertimbang rasa. Sementara pengikut pula bertanggungjawab untuk mentaati pemimpin pada perkara yang tidak melanggar batas Syariat. Ia mengandungi prinsip kepimpinan dan ketaatan. Prinsip asas bermasyarakat ini terdapat di dalam solat berjemaah. Makmum perlu mengikut imam. Solat tidak sah jika seseorang makmum mendahului imam dengan sengaja. Imam boleh dari sesiapa. Imam dikira dari segi keilmuan tentang soal solat, ia harus tahu menangani sesuatu perkara yang timbul ketika solat. Sepatutnya semua orang Islam dilatih mempertingkatkan diri untuk memimpin, sekurang-kurangnya belajar menjadi imam dalam solat jemaah. Wanita adalah mulia, justeru memelihara kehormatan dan kemuliaannya maka ia tidak diperuntukkan menjadi imam, kecuali untuk makmum wanita juga. Justeru, meletakkan wanita sebagai imam di hadapan makmum lelaki membuka ruang untuk merendahkan maruahnya secara halus dan tersirat oleh lelaki. Istilah diskriminasi wanita hanya akan timbul, jika orang Islam berfikir dalam acuan pemikiran budaya asing.
Setiap kali sebelum solat jemaah didirikan, ia didahului dengan laungan azan. Memang tepat sekali kalimah ‘Allah Maha Besar’ di awal setiap solat jemaah. Ini kerana kebaikan yang tersirat dari mempraktik solat jemaah amat besar dalam menyusun hidup bermasyarakat dan pembinaan Tamadun Hadhari. Keberkatannya bukan hanya kepada umat Islam, malah ia akan melimpah kepada seluruh masyarakat di sekitar sesebuah institusi solat jemaah itu. Dengan memahami kebaikan ini, tidak mustahil, umat Islam di dunia akan menjadi umat contoh yang ideal dan menjadi ikutan umat yang lain. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan demikian Kami telah jadikan kamu umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi kepada manusia, dan Rasul menjadi saksi pula ke atas kamu.” Al-Baqarah 2:143 Wallahu A’lam.

Monday, 14 March 2011
KEPENTINGAN SOLAT
Assalamualaikum....

Di dalam perkara sembahyang,penerimaannya oleh individu Islam umumnya terbahagi kepada 2 golongan..Yang pertama meninggalkannya walaupun tau kewajipannya dan kedua yang melakukannya.Dikesempatan ini,suka untuk saya membincangkan tentang golongan kedua yang menerima dan melakukan ibadah tersebut.
Golongan ini juga sebenranya boleh dibahagi kepada kepada 2.Yang pertama diterima sembahyangnya dan yang kedua ditolak amalan sembahyangnya.Sekarang sekiranya anda individu yang sentiasa mengerjakan sembahyang,pernahkah anda memikirkan, "Adakah sembahyang aku ini diterima atau sebaliknya".Tanyalah kepada diri anda kerana hanya anda sahaja yang tahu keadaannya.Untuk mengetahui samada sembahyang kita sembahyang kita diterima atau tidak,wajiblah kita kembali kepada hadis Rasulullah yang berbunyi: "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat".Hadis ini merupakan arahan kepada kita bahawa sebagai umat baginda,kita mestilah mengerjakan sembahyang mengikut sunnah baginda dan meninggalkan perkara-perkara yang bid'ah di dalam sembahyang.Ini kerana hanya sembahyang mengikut sunnah Rasul sahaja yang akan dapat menjadi pencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Persolannya,pernahkah anda melihat bagaimana Nabi mengerjakan sembahyang?.Jawapannya tentu tidak.Hanya melalui hadis-hadis baginda yang sahih sahaja yang diriwayatkan oleh sahabat yang dapat memberikan kita ilmu tentang sembahyang baginda.Kita sebagai umatnya yang mengakui mencintai baginda mestilah melakukan sembahyang hanya mengikut sunnah baginda sahaja..
oleh itu,kesimpulan yang dpt kita buat melaluai sedikit perkongsian ini ialah....diharap kan kita dpt bersama-sama mengubah diri kita sehingga menjadi lebih baik dari hari ke hari....INSYAALLAH...
wassalam....
Sunday, 13 March 2011
KEPENTINGAN DOA
Assalamualikum...
di malam yang indah ini...ada satu tajuk yang nak sye kongsikan dengan korang semua...memandangkan ada segelintir umat Islam yang memandang ringan tentang doa dan mungkin juga mengabaikan doa dalam kehidupan harian mereka,maka di kesempatan kali ini,saya ingin kongsi bersama tentang kepentingan berdoa yang merupakan salah satu bentuk komunikasi hamba dengan Raabnya ( Tuhannya ). Semoga dengan membaca artikel ini lebih memantapkan keimanan kita kepada Allah swt.

Doa juga merupakan pujian kepada Allah SWT,dengan menyandarkan seluruh bentuk kebaikan dan kemuliaan hanya kepada-Nya sehinga Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud ” Doa adalah ibadah” . Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.
Berdoa diperintahkan dan dianjurkan oleh Allah dan juga Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan”
“Berdoalah kepada Raabmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Alah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”
“….berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima permintaan) dan harapan ( akan dikabulkan permintaan )…
Maksud Hadis ” Apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu doa kepada Allah yang di dalamnya tidak ada dosa dan pemutusan tali silaturrahim,maka Allah SWT akan memberinya satu di antara tiga :
1) Allah SWT langsung mengkabulkan doanya.
2) Allah SWT akan menyimpannya untuk orang tersebut di akhirat.
3) Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan dari orang tersebut yang setimpal dengan doanya.
Doa merupakan sunnah para Nabi dan Rasul,juga merupakan kebiasaan para wali dan orang-orang soleh.Orang yang meninggalkan doa bererti dia telah menempuh jalan orang-orang yang sengsara dan sombong.
oleh itu kesimpulan yang dapat kita renung kan melaluai perkongsian ringkas ini ialah diharap kita akan dapat memahami kepentingan berdoa dan sama-sama berusaha untuk menambahbaikan dalam berdoa dan memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT. Percayalah,makhluk-makhluk ciptaan ALLAH S.W.T sekalian, Allah S.W.T menginginkan agar kita mencari-Nya untuk memperoleh bimbingan dalam hidup. dan akan memenuhi panggilan apabila kita memintanya. Allah Maha Pengasih kpd hamba-hamba-NYA,hanya ALLAH S.W.T yang memiliki hasrat dan kuasa untuk memberikan segalanya yang kita perlukan.cuma apa yang perlu kita lakukan hanyalah memohon kepada-Nya...INSYAALLAH kehidupan kita akan sentiasa diberkati oleh ALLAH S.W.T....
MENGENAL ISLAM
APA ITU ISLAM???????????
Makna Islam sebagaimana didefinisikan para ulama adalah
االأِسْتِسْلامُ لِلَّهِ بِالتّوحيدد
al istislamu lillahi bit tauhid
و الأنقياد له بالطاعة
wal inqiyaadu lahu bit too’ah
wal inqiyaadu lahu bit too’ah
و البراءة من الشرك و أهله
wal barooatu minasyirki wa ahlihi
wal barooatu minasyirki wa ahlihi
Mari kita perjelas satu persatu definisi tersebut.
1. Berserah diri kepada Allah dengan cara hanya beribadah kepada-Nya dan tidak kepada selain-Nya.
Artinya kita benar-benar melakukan peribadatan dan segala bentuk penghambaan hanya kepada Allah.
“Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.” (Qs. Al Ikhlas [112]: 1-4)
Sebagai contoh, sebagian besar dari saudara kita masih sulit meninggalkan kepercayaan pada ramalan bintang (zodiak) dan penentuan nasib baik dan buruk berdasarkan hal ini (artinya ia menggantungkan urusannya dan pengharapannya pada sesuatu selain Allah). Padahal perkara ghaib hanyalah Allah yang mengetahui dan hanya kepada Allah-lah seseorang menggantungkan segala urusannya selain usaha yang dilakukannya.

Sebagai contoh pentingnya tauhid, tidak akan ada kemenangan besar dalam jihad fi sabilillah jika di dalamnya terdapat hal-hal yang merusak tauhid, seperti jimat, bergantung pada jin, aji tolak bala dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)