Thursday, 15 September 2011

WANITA KELUAR RUMAH DENGAN MEMAKAI WANGIAN SEHINGGA MENGGODA LELAKI

Assalamualikum...di keindahan malam jumaat ini sye ada satu tajuk untuk di kongsikan terutamanya kpd kaum wanita yang mugkin tidak tahu atau terlupa mengenai hal ini.apa yang sye ingin kogsikan ialah mengenai"WANITA KELUAR RUMAH DENGAN MEMAKAI WANGIAN SEHINGGA MENGGODA LELAKI".

Inilah kebiasaan yang menjadi fenomena umum di kalangan wanita.keluar rumah dengan memakai minyak wangi yang wanginya menjelajahi segala ruang.hal yang menjadikan lelaki lebih tergoda kerana umpan wewangian yang menghampirinya.

Rasulullah s.a.w amat keras memperingatkan masalah tersebut.Baginda bersabda:

"Perempuan manapun yang menggunakan wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium wanginya maka dia seorang penzina."
(HR. Ahmad,4/418;sahihul jam':105)

sebahagian wanita melalaikan dan meremehkan masalah ini,sehingga dengan sembarangan memakai wangian.Dia tidak peduli disampingnya ada pemandu kereta,penjual,atau orang lain yang tidak mustahil akan tergoda.

Dalam masalah ini,syariat Islam amat keras.perempuan yang terlanjur memakai wangian jika hendak keluar rumah diwajibkan mendi terlebih dahulu seperti mandi janabat,meskipun tujuan keluarnya ke masjid.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Perempuan manapun yang memakai wangian kemudian keluar ke masjid (dengan tujuan) agar wanginya tercium orang lain maka solatnya tidak diterima sehingga dia mandi sebagaimana mandi janabat."
(HR. Ahmad 2/444,sahihul jam':2073.)

Setelah berbagai peringatan kita sampaikan,akhirnay kita hanya boleh mengadu kepada ALLAH soal para wanita yang memakai wangian dalam pesta dan berbagai pertemuan yang diselengarakan.Bahkan minyak wangi yang menyegat hidung itu tidak saja digunakan dalam waktu-waktu khusus,tapi mereka gunakan di pasar-pasar di kenderaan dan di pertemuan-pertemuan umum hingga di masjid-masjid pada mlam-malam bulan suci ramadan.
 Syariat Islam memberi batasan,wangian muslimah adalah yang tampak warnanya dan tidak keras semerbak wanginya.

Kita memohon kepada ALLAH,semoga ia tidak murka kepada kita,semoga tidak menghukum orang-orang soleh baik lelaki mahupun perempuan dengan sebab dosa orang-orang yang bodoh dan semoga menunjuki kita semua ke jalan yang lurus..

Semoga ini dapat dijadikan panduan untuk kita..INSYAALLAH..

Monday, 12 September 2011

MEMANDANG WANITA DENGAN SENGAJA

Assalamualikum....terlebih dahulu sye ingin mngucapkan terima kasih kpd semua yg sudi follow blog sye ini...setelah sekian lama sye mghilang.. hari ini sye muncul kembali utuk berkongsi satu tajuk yg mugkin sestengah org sudh tahu dan setengah org mgkin tidk tahu tentangnya...jadi tajuk sye ingin kongsikan kpd anda semua ialah "MEMANDANG WANITA DENGAN SENGAJA".Mata adalah satu pancaindera yg di anugerah pada manusia untuk melihat,..namun adakah anugerah yg di berikan pada kita ini dijaga sebaiknya-baiknya..semua org menanggap pandang itu hanyalah sekadar melihat semata-mata namun apakah mereka terfikir setiap pndangan yg tdk dijaga akn menjatuhkan kita ke lembah maksiat.

ALLAH S.W.T berfirman:

Katakanlah kpd org2 lelaki yg beriman"hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara     kemaluannya ,yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUAI apa yang mereka lakuakan".

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Adapun zina mata adalah melihat(kpd apa yg diharamkan Allah)(Hadis marfu' riwayat Imam Ahmad,2/69,sahihul jami':3047)

Tetapi dikecualiakan hukum di atas apabila melihat  wanita untuk keperluan yang di bolehkan syariat misalnya seorang lelaki memandang kpd wanita yang akan dilamarnya,demikian pula dgn doktor kpd pesakitnya.


Hal yg sama,juga berlaku kpd wanita.wanita diharamkan memandang kpd lelaki bkn mahram dgn pandangan yg menyebabkan fitnah..

ALLAH S.W.T berfirman:

"Dan katakanlah kpd wanita yg beriman:"hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya."

Juga haram hukumnya memendang lelaki yg belum baligh dan lelaki tampan dgn pandangan syahwat.Haram bgi lelaki melihat aurat lelaki lain.Hal yg sama juga berlaku antara sesama wanita.setiap aurat yg tidak boleh dilihat,tdk boleh pula untuk dipegang meskipun dilapisi kain.

Termasuk perdayaan syaitan adalah melihat gambar-gambar lucah,baik di majalah,filem,televisyen,video,internet dan sebagainya.sebahagian dari mereka berdalih,semua itu adalah gambar,bkn hakikat yg sebenarnya...

Namun bukankah sangat jelas bahawa semua itu berpotensi merosakkan(akhlak)dan membangkitkan nafsu berahi?

Diharap perkongsian kali dpt di jadikan renungan untuk kita dlm mencari CINTA ALLAH S.W.T..
INSYAALLAH...